Pengalaman beli kereta terpakai di MyTukar (Hidden Charges)
Lama dah aku tak beli kereta. Last aku beli pada tahun 2006, sebuah kereta kompak untuk wife aku. Setahun sebelum tu aku beli kereta ke 2 aku, Japanese Sedan sekenhand. Kete pertama aku Wira 1.3. Tak sangka dah 17 tahun berlalu, kete aku dah agak nazak. Tapi enjin dan gebok masih ok. Tapi leaking oilnya tak yah cakap la... menitik2 bila parking 2-3 hari. Porch umah aku tu, kira bertompok2 dgn minyak. Kete tu, walau enjin masih ok (tak makan minyak), tapi gasket2 dah fail. Minyak pun dah start masuk coolant. Bukak coolant cap tu, mmg ada macam kaler selut. Dalaman pulak, reput sana sini, door panel pecah2, meter speedo dah kong terus. Aircond pun tak berapa sejuk kalau hari panas. Banyak berbakti kete aku tu... bawak bini aku bersalin ke hospital bawak anak2 sakit.. bawak isteri sakit... macam2.... aku pun takde plan nak jual lagi pun kete tu. Tngok le camne maybe jadi kete cup parking depan umah je kah kah kah!
Jadi dipendekkan cerita, sejak gomen izinkan keluarkan duit epf, aku pun apply. Bila dpt tu, terus usha2 kereta nak beli. Tengah elok sebelum raya ni, dpt beli, dpt le balik kampung ngan kete baru.... Haaaa.....
Bila tengok2 tu, kat mudah... aduh banyak kete tapi tak tau mana satu nak pilih. Nak cari kereta baru, mahal sangat, jadi mmg tekad nak cari used car. Tapi kalau used car, susah juga nak cari dan pastikan kete tu in good condition. Nak bawak mekanik pulak ke? nak kena arrange pulak dgn mekanik.. ah susah...
Last2 jumpa la a few Used car sale services yg org kata (org kata la), bagus.. macam Carsome, dan MyTukar. Cari punya cari jumpa la satu kereta berkenan di hati di MyTukar. Terus call sales agent, ckp nak kete tu... pastu dia kata ok nanti dia akan send photos dan info utk beli document apa yg perlu.
Tunggu punya tunggu, tetiba esok kete tu dah tukar status jadi "Pending Sale". Aduh.. dah org lain sambar le. Jadi tengok punya tengok lagi, ada lagi satu kereta model yg sama, tapi di Johor.. takut dikebas orang, terus aku booking on the spot. Kete tu pulak ada MyTukar Certified, maknanya mmg dah di periksa condition tip top.
Satu lagi MyTukar ni, kalau nak jual kereta kat dia pun, dia takkan ambik kalau kereta pernah eksiden teruk, atau bekas banjir dsb. Sbb dia hanya fokus jual kereta yg berkualiti saja. So lepas booking, agent pun wasap mintak document yg perlu - biasa lah:
1. IC depan blkg
2. Payslip 3 bulan
3. EPF statement
4. 3 Months bank statement (dimana gaji masuk)
Dah hantar tu, agen dia pun terus guna document tu submit ke beberapa agen loan hire-purchase bank. Lepas beberapa hari je, satu persatu bank call offer loan.
Aku dpt loan offer dari CIMB, PBB, RHB... last2 pilih PBB sebab dia punya monthly payment paling murah.... interest dia offer tu CIMB: 3.2%, PBB: 3.16%, RHB: 3.04%. RHB offer lowest interest tapi tak dpt full loan amount ntah kenapa. So bayar bulanan mahal sikit.
Lepas decide nak sign loan bank mana, terus officer tu datang lepas 2-3 hari, utk sign agreement. Dia datang rumah terus so mmg memudahkan kita. Tak perlu ke bank lagi. Tapiiiiiiiiii... masa sign ni, agen dia cakap aku kena jugak ambik Insurance utk loan tu. Macam MRTA utk rumah. Katanya wajib. So..... adehhh... kena la dlm RM300+ utk term 3 tahun. Maknanya kalau dlm 3 tahun lepas ambik loan kete tu, aku mati, insurans akan cover la loan tu terus... ikut reducing term. So ini lah caj2 yg tak nampak tetiba kena bayor.. hampeh.
Lepas tu, aku taknak plet asal kete tu, jadi agen cakap, kena buat interchange kat JPJ dan hanya runner boleh buat bende ni. Aku pun taktau kena kencing ke atau mmg betul camtu. Ye lah dah 17 tahun tak beli kete tak buat loan semua. Pastu rega dia RM1200 ~ RM1500! Mak ai.. nak plet je kut. Memandangkan aku malas nak investigate betul ke atau kena kencing, aku halalkan je lah.
Plate no. sebenarnya boleh register di MySikap JPJ boleh browse sendiri plet mana yg available. Dia ikut running number. So contohnye kalau kat KL, plet skrg tengah VHS 2054 contohnya, kau dah tak boleh pilih VHS nombor 2000 ke bawah. Pastu tak boleh pilih lagi plet VHT... kena tunggu lah. Jadi tiap2 hari login masuk dan cek sendiri.
Aku usha2 plet sehari dua, dapat le plet idaman aku, so terus wasap agen mytukar, suruh runner dia buat. Dia mintak RM800 upfront. Hah bayor je. Runner pun happy, cepat dia buat kerja esok tu dah siap register plet. Tak pasti pulak samada nak kena bayar balance lagi 700 tu ke tak payah. Nanti aku update.
Lepas tu, insuran kereta kena bayar full mahal woi. Aku pun pikir baik aku ambik insurance kete lama aku tu dan letak kat kete baru. Kete lama aku NCD dah 55% (max). So insurance kete baru akan kena bayar separuh je le. Bayangkan kalau insruan baru RM2k. So kalau 55%, bayar rm900 je. Cantek. Proses dia kau kena call insuran company kete kau tu, lepas tu cakap kau nak buat "NCD Withdrawal". Dia akan proses dan dalam masa 5 hari, dia akan hantar surat pdf kat email kau. Surat "Letter of Endorsement" tu la yg kena bagi kat agen MyTukar supaya dia dpt proceed dgn insurance NCD transfer. Yg ni kadang2 insurance company lembab sikit... so kalau boleh buat benda ni awal2 tapi lepas confirm loan approve la.
Dah selesai semua ni, tibalah masa bayar Downpayment dan caj2 lain tadi:
1. Downpayment 10% (kalau kau ambik 0% then takde la bende ni)
2. Insurance Loan (RM300+)
3. Tolak booking fee. (kalau kau booking kete)
4. Insurance kete baru.
5. Road tax.
6. Minyak.. takde minyak tak leh jalan kete.
Lepas bayar downpayment tu esoknya tu dah boleh collect kereta di myTukar branch. Aku pegi kat Puchong. Besar juga center dia. Sementara tunggu agen get ready dengan kereta, aku lepak je kat lounge area.
Masa collect kereta tu, plet masih guna plet lama sebab nak buat interchange plet asal dengan plet baru, runner JPJ cakap takde slot appointment. Lepas raya je ada. So takpe lah pakai dulu plet asal. Yg penting boleh bawak kete baru balik kampung.
So total masa dari kitorang booking kereta di myTukar website sampailah dapat kereta total dalam 2 minggu je. Mmg service terbaik myTukar ni.
Kualiti kereta? Of course lah kereta ni second hand. Jadi ada la wear and tear sikit. Walaupun begitu, owner kereta ni amat cermat, semua benda ori condition lagi. Service record ada. Ori manuals ada. Engine pun bersih cantik je. Takde leaking apa2. Oh ya lagi satu, myTukar mmg akan service dulu kereta sebelum bagi kat kita. Kita ambik dan ready to drive jer.
Lepas dapat kete tu, wajib juga lah cek sendiri, terutama bahagian enjin, cek condition minyak pelincir, minyak brek, coolant, dsb. Make sure level dia ok.
Lepas tu kenalah beli accessories kereta yg typical - sunshade, pewangi dalaman kereta.
Ok itulah saja, setakat ini pengalaman aku beli kereta used di MyTukar.

Comments
Post a Comment